Sulit
2 tahun
Sakit perut pada bahagian bwah perut
Saya berumur 18 tahun tpi sering mngalami skit pada bahagian bwah perut haid tidak teratur kesakitan sampai tahap saya tidak dpt berjalan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid biasa dilihat pada golongan remaja disebabkan tahap hormon yang masih belum stabil. Namun, haid yang berpanjangan dinamakan sebagai menorrhagia. Masalah ini boleh disebabkan oleh :
- Masalah ovulasi seperti PCOS
- Fibroid rahim
- Polip rahim
- Penggunaan perancangan keluarga terutamanya IUD
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Ketumbuhan pada serviks atau rahim
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah tiroid
- Gangguan emosi
- Obesiti
Masalah di atas juga boleh menyebabkan sakit bahagian rahim. Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor kerana haid yang berpanjangan boleh menyebabkan anemia.
Saya harap jawapan diatas memuaskan, sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor atau pakar kami untuk perbicangan yang lebih terperinci, anda boleh melakukannya secara atas talian. Terima kasih.