
Sulit
5 tahun
Sakit perut pedih-pedih
Hi doktor. Saya wanita berumur 26 tahun belum berkahwin.Sakit perut ni start 16/4. Hari pertama sakit perut saya mengalami sakit kepala, muntah dan cirit birit. Sakit kepala dgn muntah OK after makan ubat. Cirit birit pun sama. Hanya sakit perut yang saya alami sampai sekarang.sy ada makan ubat sakit perut jd sakit tu akan stop kejap pstu sakit balik. Sakit ha btul2 di bahagian pusat rasa pedih2. Untuk maklumkan tambahan period sy bru tamat dlm 3 hari lps. Sy juga kuat makan pedas tp bila perut sakit ni sy dh kurangkan makan pedas. Dalam dua tiga hari ni bila buang air besar najis sangat sikit keluar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
- Appendicitis
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.