
Sulit
3 tahun
Sakit perut,pening kepala
Saya seorang pelajar dan sakit ini dah lama… Assalamualaikum doktor , saya sering mengalami masalah sakit perut , sakit perut yang saya alami selalu dibahagian kanan,kadang kadang dibahagian kiri dan dibahagian tengah perut… Saya kerap di sebelah kanan… sakit yang saya alami usus seperti mencucuk cucuk ,rasa pedih dan panas serta sakit hingga ke pinggang dan punggung serta sakit kepala dan pening

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah sakit perut anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada bahagian kanan, kiri dan tengah perut yang seperti mencucuk, pedih dan panas. Sakit ini juga merebak ke pinggang dan punggung. Anda juga megalami sakit kepala dan pening.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom sakit di bahagian kanan, kiri dan tengah perut seperti yang telah anda nyatakan, antaranya adalah:
- Divertikulitis
- Penyakit Crohn
- Ketidakhadaman
- Penyakit hernia (angin pasang)
- penyakit batu karang
Penyakit diatas juga boleh menyebabkan simptom ini merebak ke bahagian pinggang dan punggung bergantung kepada lokasi dimana berlakunya penyakit tersebut. Sekiranya rasa sakit ini melampau, ia juga boleh menyebabkan simptom sakit kepala dan pening seperti yang sedang anda lalui.
Manakala penyakit ginekologi yang mungkin anda hidapi berdasarkan simptom-simptom diatas adalah:
- Kram Menstruasi
- Endometriosis
- Kista Ovarium
- Torsi Ovarium
- Kehamilan Ektopik
- Keradangan pelvik
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor secepat yang mungkin agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih awal.
Saya berharap maklumat yang diberi adalah mencukupi. Namun, sekiranya anda ingin berbincang dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi doktor kami atau doktor pakar sakit puan kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan