
Sulit
3 tahun
Sakit perut,period awal 3 hari,muntah
saya nak tanya adakah saya mengalami hamil…saya rasa nak muntah,sakit pinggang,period awal dari sebelum ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala dan tanda kehamilan adalah seperti yang berikut:
- Haid tidak datang
- Loya dan muntah
- Sakit perut dan haid berdarah sikit
- Ketidakselesaan payudara, tegang
- Kulit jadi gelap terutamanya pada puting dan perut buncit
- Perubahan mood
- Keletihan
- Kerap kencing
- Sembelit
Sekiranya anda terasa anda mengandung, anda boleh buat ujian mudah kendiri mengunakan ujian UPT selepas 1 hingga 2 minggu haid terlewat.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).