
sitikartijan1960
5 tahun
Sakit perut, perut krem
Saya nak tanya, sya sudah beberapa hari sakit perut tapi sakitnya lebih fokus di bahagian kanan. Bila sya tekan dia jadi lagi sakit. Ada masa kekadang sya agak susah untuk bernafas dan perut sya kejang. Boleh sya tahu ape masalahnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kanan yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Radang apendiks
- Masalah ovari - seperti ovari terbelit, kista ovari pecah atau ovulasi
- Sembelit
- Keracunan makanan
- Masalah saluran buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.