
Sulit
5 tahun
Sakit perut..rasa kembung selepas makan
Saya nur izzati.Berumur 18 tahun.Saya baru baru ni makan spaghetti dan minum tealive.Tiba tiba perut rasa sebu,kembung dan sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala kembung dapat disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman Helicobacter pylori
- Hiatal hernia yaitu apabila sebahagian dinding perut terkeluar dan timbul melalui satu lubang
- Ulser perut yaitu luka di lapisan dinding perut
- Keradangan abdomen kronik (berpanjangan) seperti appendisitis
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan anda serta rutin harian, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.