
shuhadaruslan
5 tahun
Sakit perut, sakit dada seperti sesak nafas, dan sakit bhgian belakang
wanita, 24 tahun. Saya nk bertanya Dr. Saya dh beberapa hari sakit perut sprti ada angin, kadang akan rasa sakit bhgian dada sperti sesak nafas… Dan juga sakit di bhgian belakang seperti angin…

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diberikan. Untuk maklumat anda, masalah sakit perut, sakit dada dan sakit bahagian belakang boleh merujuk kepada beberapa perkara:
- Gastritis
- GERD
- Masalah pada sistem pencernaan seperti hempedu, pankreas
- Masalah pada jantung seperti masalah koronari arteri
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.