
Sulit
4 tahun
Sakit perut & sakit tulang rusuk bawah bahagian kanan
Saya wanita berusia 19 tahun. Sejak 1/9/2020 perut bahagian kanan saya berasa sakit sehingga tidak boleh mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Saya juga mengalami masalah sukar membuang air besar. Pada hari ini 3/9/2020 secara tiba2 tulang rusuk kanan bahagian bawah juga sakit. Adakah sakit ini serius atau hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk sembuh?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham kebimbangan anda dan berasa simpati terhadap anda.
Berdasarkan gejala sakit perut di bahagian kanan yang anda nyatakan, beberapa punca boleh dikenalpasti. Antaranya ialah:
- appendiks
- Jangkitan kuman dalam paru-paru
- Hipertiroid
- Jangkitan saluran kencing/buah pinggang
- Batu karang
- Gastroenteritis virus
Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit dimana anda mengalami masalah sukar untuk membuang air besar atau jarang membuang air besar ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup- Pola makan yang kurang sehat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar- Sering kali anak-anak maupun orang dewasa menunda untuk buang air besar kerana perasaan takut, malu, atau tiada privasi untuk menggunakan tandas
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Manakala masalah cirit-birit adalah apabila najis anda cair. Hal ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Kebiasaannya, sekiranya anda menglami masalah sembelit, tahi akan menjadi keras oleh kerana air telah banyak diserap sepanjang ia berada di dalam usus.
Namun begitu, untuk mengenalpasti lebih lanjut akan diagnosis yang tepat tentang sakit tulang rusuk bahagian bawah, sejarah perubatan dan sakit tersebut perlu diperincikan lagi. Cik/puan boleh menghubungi secara privasi di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat berkaitan sakit yang dihadapi. Terima kasih