
nuraties342
4 tahun
Sakit perut sampai ke pinggang
Hai doctor, saya nk tnya kawan saya ada mengalami sakit perut smpai ke pinggang dan rasa mcm pinggang nak patah. Dia mengalami dalam 2-3hari. Apakah ini penyakit biasa atau perlu merujuk mana2 doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda berkaitan simptom yang kawan anda alami. Oleh kerana maklumat yang anda berikan terlalu ringkas, sukar untuk menentukan ounca yang lebih tepat. Namun, terdapat beberapa punca sakit perut seperti:
- Sindrom pramenstruasi- sakit perut sehingga ke belakang boleh menjadi salah satu simptom sindrom pramenstruasi. Ini disebabkan oleh bahan kimia prostaglandin yang dikeluarkan.
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Jika anda mengalami sindrom pramenstruasi, anda mungkin akan diberikan ubat tahan sakit sekiranya terlampau teruk. Jika anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Topic Controls
Reply
Normal
You will be notified if someone mentions your @name or replies to you.
Suggested Topics
Sy berumur 38 thn…masalah sy keputihan dr hujung thn 2019 sampai skrg x hilang2
Kesihatan Seksual
Meniscus Tear Knee Lock
1
General Health
Multiple lymph nodes swollen
1
Kesihatan Am
Nerve problem on the whole of right side
1
General Health
Haid lewat 2minggu upt kejap kabur kejap tak
1