
Sulit
3 tahun
Sakit perut sangat sangat
saya wanita 19 tahun , apabila saya sakit perut terlalu sakit , saya akan pengsan secara tiba tiba dan akan sedar dengan sendiri , tanpa saya sedari saya sudah berada di lantai bilik air . adakah saya pengsan ataupun ada apa apa penyakit lain ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit perut sehingga pengsan. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk maklumat anda, sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa.
Sebab-sebab Sakit Abdomen
- Sebab-sebab psychogenic
Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui. - Sebab-sebab functional
Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya:
- Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance)
- Senggugut (dysmenorrhoea)
- Sembelit
- Cirit-birit (diarrhea)
- Sebab-sebab organik
Sakit abdomen yang disebabkan oleh penyakit lain dalam badan. Contohnya :
- Penyakit radangan usus
- Penyakit ulser peptik – 50% adalah disebabkan oleh bakteria Helicobacter pylori
- Gumpalan cacing
- Penyakit keradangan pelvik
- Ovarian cyst (sista ovari / ketulan pada ovari)
- Jangkitan pada saluran kencing
- Kecederaan yang di alami pada bahagian abdomen, contohnya kemalangan
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan yang sepatutnya.
Saya berharap maklumat diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.