
Sulit
3 tahun
Sakit perut . Saya,wanita berumur 28, Saya sakit perut dah 3 minggu
Saya,wanita berumur 28, Saya sakit perut dah 3 minggu. Sakit setiap Kali selepas makan. Lagi² Bila makan Pedas. Sakit dia bahagian atas pusat bawah dada. Apabila perut kosong ok je Tak sakit. Adakah ini bahaya. Ubat apa yg Saya boleh consume.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah sakit perut selepas makan. Selain itu anda juga kurang mmembuang dalam masa 3 hari ini. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Perut yang kosong sehingga menyebabkan lapar
- Pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
- Ketegangan otot abdomen
- Makanan pedas
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
- Batu karang buah pinggang
- Radang pankreas (pancreatitis)
Untuk menentukan dan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh anda, pemeriksaan dan penilaian perlu dilakukan. Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.