
Sulit
4 tahun
Sakit perut sebelah kanan dan cirit birit
Saya menngalami sakit perut di tengah pusat dan sebelah kanan perut dan sering cirit birit…

4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala sakit perut dan cirit birit yang anda alami. Gejala ini boleh disebabkan masalah kesihatan serius atau tidak serius yang boleh dirawat di rumah. Namun, agak sukar bagi saya untuk mengenalpasti punca sebenar kerana masih banyak persoalan yang saya harus ajukan untuk mendapatkan diagnosis sebenar anda. Pada kebiasaanya, perkara ini terjadi kerana:
- jangkitan virus yang merebak dari makanan
- memakan makanan yang pedas berlebihan
- 'irritable bowel syndrome’
- ‘inflammatory bowel disease’
- radang usus
Oleh kerana anda mengalami masalah ini, anda amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.