
Anonymous
5 tahun
Sakit perut sebelah kanan dan sesak nafas
Saya remaja umur 17 thun sejak sebulan dua ni sering sakit tepi perut sebelah kanan…kadang² smpai sesak nafas boleh tahu macam mana saya nk atasi

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Sebaiknya anda segera mendapatkan konsultasi doktor sekiranya terdapat gejala-gejala tambahan seperti:
- mual, muntah
- demam
- sakit dinding perut sebaik disentuh
- lemah
- susah makan minum
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bahagian abdomen dibahagikan kepada 9 bahagian. Oleh itu, pihak medikal perlu mengetahui lokasi spesifik sakit abdomen anda.
Untuk info yang anda berikan, sakit perut sebelah kanan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- GERD
- Ulser duodenum
- Cholecystitis atau jangkitan hempedu
- Dyspepsia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.