
Sulit
4 tahun
Sakit perut sebelah kanan pinggang
Saya wanita umur 32thn pekerjaan saya lebih masa duduk dari berjalan.sy sakit perut sblh kanan berhampiran pinggul ada rasa kencing x lawas kemudian rasa ngilu di peha.ada juga rasa macam rasa nak buang air besar(meneran bahagian dubur) tapi tiada najis hilang selera makan perut rasa penuh je.sy dah jumpa doc dia cakap kencing kotor dia bagi ubat antibiotik dan uti powder air doc ckp minum byk air kosong.time tu cuti hampir 5hari.nampak perubahan hari ke6 sy kerja kemudian rasa sakit tu datang lagi perut di pinggang dekat dengan ari2 hari ke7 x kerja sy duduk umh makan ubat uti lancarkan air kencing minum air banyak.bila dah ok sakit kat perut tu hilang sakit pulak dubur macam nak buang tapi tiada najis… rasa macam ada yg mengembang dekat dubur tu adakah sy mengalami keradang usus…sy dapati najis keluar sikit x mcm selalu @mungkin sbb sy mkn kurang ke buasir yea doc? Sy x perasaan pulak darah keluar tapi bila sy kencing kadang mcm rasa nak berak tapi yg keluar lendir…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital sekali lagi bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana gejala yang anda alami telah berpanjangan dan diiringi gejala gejala lain.
Untuk makluman anda, gejala sebegini boleh disebabkan oleh:
- Batu karang
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Jangkitan kuman pada usus
- Keradangan usus
- Penyakit keradangan pelvik
- Sista ovari
- Ketumbuhan
Saya tidak boleh katakan samada ia keradangan usu atau tidak kerana pemeriksaan lanjut diperlukan. Buasir pula biasanya menunjukkan gejala yang lebih berbeza daripada gejala yang anda alami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.