
Sulit
4 tahun
Sakit perut sebelah kiri atas bawah tulang rusuk
Saya lelaki berumur 25
Hari ini merupakan Hari yang ke 2 saya mengalami gejala sakit perut menyucuk dan ngilu dibahagian kiri atas bawah tulang rusuk. Sebelum ini saya tidak pernah mengalami gejala seperti dan ini merupakan kali yang pertama. Disamping itu saya tidak mengalami sebarang masalah lain seperti muntah atau demam, hanya gejala sakit perut yang menyucuk sahaja.
Kemudian saya ada membeli ubat tahan sakit di farmasi kerana ahli farmasi mencadangkan ubat tahan sakit utk saya setelah Saya ceritakan kesakitan yang saya alami ini, namun begitu rasa sakit perut ini masih lagi menyucuk
Dan saya juga Cuba menjaga jadual makan saya seharian, namun begitu sampai sekarang sakit perut menyucuk dan ngilu ini masih lagi tidak hilang
Oleh itu saya mohon doktor untuk jelaskan boleh?
Terima kasih doktor

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Gastrik
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
- Masalah batu karang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.