
jajaa0068
5 tahun
Sakit perut sebelah kiri sampai ke atas perut
Saya umur 25 tahun…kerap sakit perut sebelah kiri sampai ke atas…kadang2 sampai sesak nafas…period pun tidak teratur…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- perut luka (peptic ulcer disease)
- gastrooesophageal reflux (GERD)
- radang perut (gastritis)
- masalah pada spleen (limpa)
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
terdapat juga masalah sakit puan lain seperti
- fibroid
- adenomyosis
- ovarian cyst
- ketumbuhan seperti kanser uterus, kanser, ovari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Kami perlu meneroka lagi maksud anda dengan ‘period tidak teratur’ Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.