
yusainii0204
5 tahun
Sakit perut sebelah kiri, Saya Ada gastrik, kecing kerap
Dalam dua Hari tu, petmulaan sakit perut sebelah kiri, mungkin Saya mkn cili kencing kerap(selalu kencing)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut serta kerap kencing boleh disebabkan:
- Gatrik perut
- Divertikulitis
- Jangkitan buah pinggang
- Jika wanita - endometriosis, fibroid, kista ovari
- Keracunan makanan
- Diabtes (kencing manis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.