tupaiterbang
6 tahun
Sakit perut sebelah kiri saya berusia 17tahun
Saya mengalami sakit perut belah kiri sahaja sudah 2 hari yang lalu
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kiri boleh disebabkan:
- Sembelit
- Bagi wanita - kista (cyst) ovari berdarah, endometriosis, fibroid
- Keracunan makanan
- Penyakit radang usus - gejala lain seperti najis berdarah, demam
- Jangkitan saluran kencing/buah pinggang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























