
Sulit
4 tahun
Sakit perut secara tiba tiba di sebelah kiri
Saya perempuan berusia 25 tahun mengalami masalah sakit perut sebelah kiri dan ini merunsingkan saya. Apa yang perlu saya buat? Saya risau untuk bangun kerana sakit ini sangat pedih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit perut. Disebabkan anda seorang perempuan, adalah mustahak untuk kami jamin ini bukan kehamilan luar rahim. Anda diminta untuk pergi ke klinik atau hospital berdekatan secepat mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah sakit perut akut iaitu sakit perut secara tiba tiba. Penyebab akut sakit perut adalah :
- Sembelit
- Cholangitis (keradangan saluran hempedu)
- Cholecystitis (keradangan pundi hempedu)
- Cystitis (keradangan pundi kencing)
- Ketoacidosis diabetes (tahap tinggi asid darah dipanggil keton)
- Diverticulitis
- Duodenitis (keradangan di bahagian pertama usus kecil)
- Kehamilan ektopik
- Kecederaan di perut
- Halangan usus
- Jangkitan buah pinggang(pyelonephritis)
- Batu karang
- Abses hati
- Iskemia mesenterik (menurunkan aliran darah ke usus)
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.