Anonymous
6 tahun
Sakit perut selama seminggu
Saya lelaki berusia 26 tahun. Saya mengalami sakit perut belah kiri selama seminggu sewaktu melakukan kerja, saya rasa mual dan mahu muntah. Perut belah kiri kadang2 bergetar mcm vibrate…adakah sakit saya ni bahaya… perlu jumpa doktor??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, sakit perut sebelah kiri disertai mual, muntah serta rasa bergetar yang dirasakan dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Sembelit
- Usus tersumbat
- Batu karang
- Jangkitan kuman usus
- Penyakit peradangan usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang di hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Photo by Francisco Gonzalez





























