
Sulit
4 tahun
Sakit perut selepas keguguran
Saya wanita dalam 30an,masalah perut saya kerap sakit selepas sebulan keguguran,adakah disebabkan saya tidak berpantang secara betul

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit perut yang sedang dialami boleh disebabkan keguguran ataupun masalah lain. Sebagai contoh:
- Kandungan ektopik (kandungan luar rahim)
- Janin tidak keluar sepenuhnya
- Keradangan kuman pada usus
- Keracunan makanan
- Keradangan appendiks
- Sista pada ovari (ovarian cyst)
- Batu karang
- Masalah tulang spina
Kebiasaanya, pesakit akan mengalami sakit perut untuk beberapa hari. Namun jika keakitan ini berlarutan ataupun menjadi lebih kuat, silalah dapatkan rawatan segera. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.