
Sulit
5 tahun
Sakit perut selepas mengambil antibiotic
Hi doc sy ingin menanyakan soalan,beberapa hari yg lepas tonsil sy bengkak,pergi ke klinik kesihatan dan doc tu bg ubat antibiotik amoxicillin hari kedua sy makan ubat tu perut terlalu sakit dan bila tunduk perut sy terasa sakit sy mmg mempunyai gerd dan sy mmg alah pada beberapa antibiotic,skrg apa perlu sy lakukan ?sy sudah pun makan ubat seperti buscopan dan ubat gastrik tetapi masih sakit…perlu ke sy kembali berjumpa doc atau apa boleh doc suggest?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, reaksi alahan kebiasaannya adalah gejala seperti ruam, kesukaran penafasan, bengkak bibir dan sebagainya. Jika anda mengalami gejala seperti diatas, anda disarankan untuk berhenti mengambil antibiotik dengan segera dan terus kehospital.
Memandangkan anda mengalami gejala seperti sakit perut, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- kesan sampingan antobiotik yang anda ambil
- gastrik
- radang pankreas
- ulser diperut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.