
Sulit
3 tahun
Sakit perut selepas menjalani kaedah laparoscopy
Selepas buat laparoscopy (apendik), perut jadi sakit…macam tercucuk-cucuk bahagian atas drp pusat… adakah ini normal?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami sakit perut selepas menjalani laparoscopy untuk appendiks, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala sakit pada bahagian perut adalah perkara yang normal bagi individu yang mengalami prosedur laparoscopy. Kesakitan boleh berlaku dalam beberapa hari selepas prosedur. Gejala lain seperti demam dan keletihan juga boleh berlaku. Kondisi akan bertambah baik selepas 1-2 minggu.
Namun, ia juga tidak mustahil untuk berlaku disebabkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan atau pendarahan dalam.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.