
Sulit
3 tahun
Sakit perut selepas muntah-muntah
saya wanita berumur 23 tahun, tadi pagi saya muntah-muntah akibat kesan sampingan dari ubat zincofer. muntah tersebut turut disertakan dengan sakit dibahagian perut atas. namun begitu sehingga sekarang saya masih rasa sakit perut tersebut. rasa dia seperti dicucuk jarum. adakah itu perkara biasa atau sebaliknya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor