
Sulit
3 tahun
Sakit perut selepas muntah
saya wanita dalam 20an. baru baru ni saya ada muntah-muntah akibat dari kesan sampingan ubat zincofer dan ianya membuatkan saya sakit perut selepas muntah. namun begitu sudah 4 hari saya sakit perut, sakitnya berpindah kadang di dada kanan, kadang dada kiri dan tengah dada pastu kembali semula di perut. saya ingatkan ia cuma gastric sahaja, namun bila saya makan ubat gastric (actal plus) sakitnya akan hilang sementara dan esoknya sakit perut tu datang lagi. saya benar-benar rasa tidak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit refluks asid perut (GERD)
- Peptic ulcer
- Gastritis
- Duodenal ulcer
- Pancreatitis
- Dispepsia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor