isyazwani965
6 tahun
Sakit perut sembelit teruk
Saya wanita berumur 17 tahun. Perut saye sakit sejak tahun yang lepas. Bile check doktor xray doktor ckp sembelit. Tpi selepas membuat pemeriksaan doktor. Semase sye membuang air besar keluar darah dan berlendir. Skrng blah kanan sye pun turut sakit. Adalah ini petande sakit yg lain? Seperti kanser usus?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























