isyazwani965
5 tahun
Sakit perut sembelit
Saya wanita berumur 17 tahun. Perut sye sudah mengalami sakit sejak setahun yang lalu. Pegi xray, doktor cakap sembelit. Tpi. Slpas buat pemeriksaan. Kluar drh dan berledir semase saye membuang air besar. Adakah sye mengalami sakit yg lain? Seperti kanser usus?. Harap soalan sye dia jawab.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya sembelit, antaranya ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Penggunaan ubat-ubatan.
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Radang usus akibat genetik atau jangkitan
- Diverticulosis
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.





























