safura9933
4 tahun
Sakit Perut (Senggugut)
Saya berumur 26 tahun, sudah berkahwin pada jun 2018, Dan belum punya cahaya mata… Period saya normal…
Sebelum kahwin saya senggugut 3hari sebelum period, tapi lepas brkahwin saya sengugut seminggu sebelum period, dan sakit di sebelah kanan perut… Adakah ia normal?
Dan saya pernah keguguran tahun 2018, dan scan doktor beritahu ovari sebelah kanan kecut dan doktor ada beritahu ubat untuk kembangkan semula ovari, tapi ubat tu agak mahal… Apa yang perlu saya lakukan skrg? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah struktur ovari/ rahim kanan
- masalah apendiks
- endometriosis
- fibroid/polip
- masalah radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.