
Sulit
4 tahun
Sakit perut sengugut akibat jangkitan kuman
Saya baru disahkan oleh doktor terkena jangkitan kuman di saluran kencing. Tetapi setelah makan ubat saya masih terasa sakit perut seperti senggugut period. Dan terdapat lebihan darah keluar ketika saya kencing. Adakah saya perlu makan ubat tahan sakit lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tersebut tidak akan hilang dengan serta-merta setelah memulakan rawatan antibiotik anda. Sekiranya doktor memberi anda ubat tahan sakit, anda boleh mengambilnya bila diperlukan. Anda harus ingat untuk minum banyak air supaya ubat antibiotik dapat berkesan dan bakteria yang mati dapat dikeluarkan daripada saluran kencing anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.