
Sulit
5 tahun
Sakit perut sensitif
hi doc. im 19 y/o girl. since 4 months back, saya akan sakit perut yang teramat sangat and kerap buang air besar setiap kali saya makan makanan yang pedas, masin or manis sangat. along with stool saya akan muntah muntah sampai buih jee yang keluar. my stomach pun asyik bloated, kadang kadang kat bahagian usus tuu rasa vibration sebab bloated kuat sangat. tapi sehari dua ni dari sakit perut, datang dizziness yang teramat sangat then baru saya membuang. i was diagnosed with IBS by a clinic and i want to know if the IBS caused the dizziness or not ? and do i need to make a fllwup checkup ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- IBS
- GERD
- gastrik
IBS boleh menyebabkan pening kepala namun jarang. Pening juga boleh disebabkan gejala muntah yang menyebabkan dehidrasi. Jika anda merasakan gejala yang anda hadapi masih berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anda disarankan untuk kurangkan pengambilan makanan yang boleh menybabkan gejala tersebut hadir.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.