
Sulit
4 tahun
Sakit perut seperti dicucuk dibahagian tengah perut
saya berusia 16 tahun. saya mengalamai sakit perut sejak dua menjak dan kerap buang air besar tetapi sekrg tidak. dan saya jrg mkn nasi. sya hnya mkn pada waktu petg sekli sehari sahaja. dn mkn mknn bergireng pada waktu malam. perut saya rsa seprti dicucuk dan skit di bahagian tengah.saya meletakkan minyak angin diperut bgi mengurngkn lagi sakit. bole doc tergkn cara mengurngkn sakit dn adkah sakit perut saya normal ataupun serius? tetapi sekrg saya tgh dtang bulan. tetapi sakit saya tidak seprti segugut… dia sakit di tgh ii perut dan saya tidak lalu makan… sakit ditengah2 dn rsnya seprti dicucuk. okey tq doc.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangnan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut seperti dicucuk dibahagian tengah perut. Untuk makluman anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Stomach ulcer
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan pemakanan seimbang, dan teratur serta mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat jelas dan pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Justeru, jika masalah ini semakin berlarutan dan mengganggu aktiviti anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan adalah keterangan am mengenai masalah anda. Terima kasih