
Sulit
5 tahun
Sakit perut seperti kembung ketika hamil
Hai doktor saya wanita berusia 25 tahun dan saya tidak datang haid selepas hari Sepatutnya saya datang haid. Selepas tiga hari haid saya tidak datang saya telah membuat ujian air kencing menggunakan tiub dan saya disahkan positif. Kandungan Saya telah masuk 4 minggu. Tapi baru2 ni saya ada merasa kurang selesa di bahagiam abdomen dan seperti kembung perut. saya kurang membuang air besar dan jugak kentut. saya rasa sangat terganggu. adakah masalah sembelit jugak boleh berlaku dalam qq wanita hamil? adakah simptom sakit perut saya ini normal? atau tidak? tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sembelit semasa hamil adalah perkara yang normal. Anda boleh mengambil langkah seperti berikut untuk melegakan perut kembung dan sembelit:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.