
Sulit
3 tahun
Sakit Perut seperti senggugut, sukar membuang angin (sendawa dan kentut)
Hai doktor. Saya telah mengalami kekejangan perut seperti senggugut tetapi belum haid. Pada awalnya (waktu pagi) hanya rasa seperti sebu di perut, rasa macam nak membuang air besar tetapi tidak. Perut kelihatan kembung, dan sukar sendawa. Namun, keadaan semakin teruk dan sakit seperti senggugut selepas saya makan malam.
Sakit ditambah dengan sesak nafas, berdebar-bedar, masih sukar sendawa dan kentut tetapi membuang air besar seperti biasa tetapi lebih dar sekali ketika sedang sakit.
Soalan saya, apakah penyakit yg sedang saya alami? Ubat apakah yang perlu saya ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit perut seperti sengugut, kembung perut, dan sukar sendawa. Anda juga memaklumkan bahawa anda mengalami sesak nafas dan jantung berdebar-debar. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh masalah pada sistem penghadaman. Antaranya :
- Gastrik
- GERD
- Ulser perut
- Intolleransi makanan
- Akut gastroenteritis
Namun, kami memerlukan maklumat tambahan serta pemeriksaan fizikal untuk mengetahui punca masalah anda secara tepat. Oleh itu, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya rawatan yang tepat dapat diberikan untuk anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi