Sulit
5 tahun
Sakit perut, sesak nafas, haid tidak teratur,sakit pinggang,perut bengkak dan pedih
hello doktor. nak tanya, saya mengalami sakit perut yang berlaku hanya sebelah petang dan malam sahaja. saya tidak mengalami simptom2 lain seperti cirit-birit, muntah2 dan sebagainya. sakit perut saya menjadi punca saya tidak dapat tidur. perut nampak seperti bengkak. saya telah mengalaminya lebih dari seminggu. dan saya telah bertemu doktor dua kali dan dikatakan cuma gastrik biasa. saya amalkan ubat yang diberikan, tapi sebaliknya berlaku. sakit semakin teruk dan pedih. selain daripada itu, haid saya juga tidak teratur. kadang sakit yang saya alami terasa hingga ke pinggang dan menyebabkan saya sesak nafas. boleh jelaskan apa yang berlaku? terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit perut yang anda alami. Untuk mendapatkan kesimpulan atau diagnosis yang tepat, pemeriksaan perlu di buat. Antara penyakit yang boleh membuat sakit perut adalah:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Keradangan usus
- Usus tersumbat
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Terdapat beberapa penjelasan atau faktor dan penyakit yang boleh menjelaskan haid tidak tertatur iaitu:
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.






























