Anonymous
7 tahun
Sakit perut setiap kali selepas makan
Saya wanita dalam 20an, masih belajar di peringkat ijazah. Beberapa hari lepas selepas saya membuang air besar, saya dapati najis tersebut bercampur dgn darah. Namun, tiada pada hari hari berikutnya. Beberapa hari selepas kejadian, saya mengalami sakit perut, dan selepas membuang air besar saya melihat najis saya berwarna agak hitam. Saya kira sakit perut hilang selepas membuang air besar, tetapi selepas beberapa jam saya makan, walaupun hanya makan sedikit, sakit perut datang kembali dan terus rasa nak buang air besar (warna najis tidak lagi hitam). Keadaan ini berlanjutan sehingga hari ini, iaitu selama dua hari. Boleh doktor terangkan apakah masalah yang saya hadapi?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut serta perubahan warna najis boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang usus - akibat jangkitan kuman
- Penyakit Coeliac - tidak toleransi terhadap gluten
- Penyakit Radang Usus
- Penyakit Iritasi Usus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























