
Sulit
5 tahun
Sakit perut yang amat sakit
Saya perempuan berusia 24tahun.4mnggu lpas saya discaj Gorronhea…dan telah ambik injection…slpas tu sya tidak mengalami kesihatan.sehinga 1mnggu ni saya sakit di bahagian perut sebelah kiri.di ari-ari dan sembelit…ada kah itu simptom atau saya ada sakit lain?saya pernah keguguran 1tahun yg lepas.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembelit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- masalah batu karang
- sakit otot
Terdapat juga masalah sakit puan lain sepertii
- fibroid
- adenomyosis
- Kehamilan luar rahim
- Pelvic inflammatory disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.