Anonymous
6 tahun
Sakit perut yang berlarutan
Saya wanita yg berumur 20an…saya selalu sakit perut di bahagian tengah…saya dah pergi hospital…namun dktor kata gastrik…tapi sakit perut saya ni dah 3bulan lebih…3-4 kali seminggu saya akan sakit perut…saya juga susah nk buang air besar…selalu mual…hilang selera makan…dan badan saya rasa lemah…saya sukar utk melakukan kerja seharian…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroespohageal reflux disease (GERD) apabila asid perut naik ke esofagus
- Peptic ulcer disease adalah apabila terdapat luka perut
- Infectious gastroenteritis akibat jangkitan
- Lactase deficiency yaitu kekurangan sejenis enzim perut
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























