
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang berterusan selama seminggu
saya wanita berumur 19 tahun… isnin lepas saya telah mengalami cirit birit berterusan hingga rabu… termasuk batuk…selesema… n demam suhu 37.1…doc telah mencadangkan saya utk buat swab test… dan result adalah negative… doc juga menetapkan tarikh utk appointment pada hari jumaat… alhamdulillah… dwmam batuk cirit birit n selesema da okey… cuma saya mengalami sakit perut yang berterusan… pada hari appointment… doc kata gastrik saya semakin teruk… saya kene masuk air n ambik darah at that time… but today… sunday… kenapa perut saya masih sakit…? sakit sangat… sedangkan saya da tak ambik makanan pedas or skip makan… mohon penjelasan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang apendiks (appendicitis)
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Keracunan makanan
- Penyakit tifoid
- Jangkitan usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana ia mengganggu anda dan anda memerlukan bantuan segera supaya anda dapat menjawab peperiksaan pada minggu hadapan.
Namun sekiranya keadaan melarat dan anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah, jangan berlengah dan jumpa doktor dengan segera:
- Demam
- Muntah-muntah
- Loya
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Jantung berdebar
- Pitam
- Lemah dan lesu seluruh badan
- Sakit otot dan sendi
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.