
nuraiesya863
5 tahun
Sakit perut yang berterusan
Umur saya 15 tahun… Selepas saya makan makanan yang pedas… Terus perut saya berasa sakit… Perut saya ingin membuang air besar tetapi tidak mahu… Setiap kali saya masuk ke tandas bertujuan untuk membuang air besar… Tetapi hanya keluar air kencing sahaja

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Sakit perut dibahagikan kepada dua iaitu akut dan kronik. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab akut sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
Penyebab sakit perut kronik seperti :
Ulser peptik
Gastritis (keradangan lapisan perut)
Penyakit seliak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.