nursofiaothman
6 tahun
Sakit perut yang nyeri
saya seorang gadis berusia 22 tahun. saya kerap berasa sakit perut yang nyeri di mana menganggu aktiviti harian saya. sejak beberapa tahun lepas, saya tidak dapat pastikan dengan jelas berapa tahun, tapi agak kerap pada tahun terkini. saya agak risau kerana makcik saudara saya meninggal dunia kerana mengidap kanser usus tahap 4 yang hanya dikenal pasti apabila mengadu sakit perut yang teramat sangat dan apabila membuat consultation dr mengesahkan makcik saya telah berada di tahap 4 kamser usus. saya agak risau kerana saya juga sering berasa nyeri, senak dan tidak selesa di perut. mohon penjelasan dari pihak dr juga untuk tanda-tanda cyst. adakah ia bekaitan kerana sakit itu makin kerap apabila hampir tiba dengan tarikh period saya . terima kasih in advance 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sakit perut terutamanya yang terkait dengan kitaran haid boleh disebabkan oleh:
- Endometriosis
- Penyakit keradangan pelvik
- Ovarian cyst
- Appendicitis kronik
Sakit perut juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur organ pencernaan seperti ketumbuhan barah usus atau kanser, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah sakit perut yang disebabkan masalah ini disertai dengan gejala seperti:
- berak berdarah
- berat badan menurun
- sering rasa letih dan penat
- sembelit dan cirit tanpa sebab
Sila rujuk kepada doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala di atas. Bagi mengetahui punca sakit kepala anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih






























