arnie.natasya
6 tahun
Sakit perut yang sensitif
Saya berumur 21 tahun dan mengalami sakit perut dan sangat sensitif dengan makanan pedas. Adakah ciri2 apendik?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Sakit appendix (appendicitis) adalah keradangan appendix yang merupakan tisu sepanjang 3 1/2 inci dari usus besar. Anda mungkin mengalami satu atau lebih gejala yang berikut sekiranya anda mempunyai sakit appendix:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Pembengkakan perut
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Sesiapa yang mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan. Keadaan lain mungkin mempunyai simptom yang sama, seperti jangkitan saluran kencing. Walaupun begitu, ia memerlukan perhatian perubatan segera.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih





























