
Sulit
3 tahun
Sakit perut yang sudah berlarutan selama tiga minggu, suspect gastrik tetapi tiada simptom
Hye, saya nak tanya sejak tiga minggu yang lalu saya mengalami sakit perut bahagian kanan yg mencucuk2 sakitnyaa… Bile pegang tak rasa sakit apabila bergerak dan bongkok badan agak sakit… Saya sudah berjumpa Dr kerajaan tapi dia cuma bagi ubat tahan sakit dan tidak berkesan pun… Setelah itu, saya jumpa farmasi dan saya diberi ubat tahan sakit untuk perut dan ubat gastrik…farmasi pula suspect gastrik tetapi saya tiada simptom mual, demam, loya yg seumpamanya dengan gastrik… So, saya mempunyai dua persoalan pertama boleh kah saya consume ubat gatsrik walaupun sakit perut ini belum dikenalpasti, tiada effect sampingan ke?
Kedua, berdasarkan penjelasan saya tadi, apakah diagnose yang boleh Dr berikan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah sakit perut bahagian kanan yang mencucuk-cucuk sakitnya sejak 3 minggu lalu. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, lazimnya, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Perut yang kosong sehingga menyebabkan lapar
- Pergerakan peristalsis usus dan keperluan untuk membuang air besar
- Ketegangan otot abdomen
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian doktor dengan segera , termasuk:
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- Asid refluks (GERD)
- keradangan usus
- Batu karang buah pinggang
- Radang pankreas (pancreatitis)
Mengenai persoalan anda tentang pengambilan ubat gastrik, setiap pengambilan ubat perlulah mendapat kebenaran dan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu. Terdapat pelbagai persoalan dan penilaian yang perlu dilakukan sebelum nenentukan sama ada ubat tersebut sesuai untuk kondisi anda ataupun tidak.
Untuk menentukan dan mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh anda, pemeriksaan dan penilaian perlu dilakukan. Oleh itu, anda amat dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.