
Sulit
5 tahun
Sakit perut yang teramat
Hi doctor. Saya wanita 23 tahun. Saya sering mengalami sakit perut yang teramat apabila saya makan makanan pedas yang bukan sangat pedas pun, sebagai contoh sos cili biasa. Saya hanya ambil sos cili dalam kadar yang sedikit sahaja untuk menambah rasa dalam makanan. Tambah lagi saya bukan penggemar makanan pedas dari saya kecil. Sakit perut yang saya alami tidak mahu membuang air besar dan sakit yang amat sangat sampai tidak boleh nak tumpu pada kerja. Adakah perut saya ini tidak boleh terima makanan pedas walaupun sedikit dan saya kena elakkan segala makanan pedas? Ataupun ada cara lain untuk saya atasi masalah ini? Untuk pengetahuan doktor, saya ada gastrik. Adakah juga disebabkan gastrik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Secara umum, penyebab gejala yang anda alami dapat terdiri atas beberapa perkara, seperti:
- Gastritis kronik apabila terjadi keradangan lapisan dalam perut
- Gastroesophageal refulx disease (GERD) apabila asid perut naik sehingga melukakan dinding esofagus
- Sembelit
- Irritable bowel syndrome (IBS)
Merujuk kepada gastritis yang anda telah didiagnosa mengalami, sebetulnya gastritis adalah sejenis penyakit kronik yang mana bermaksud ia mempunyai perjalanan penyakit yang lama. Walaupun, terdapat ubatan yang boleh diberikan untuk mengatasi asid perut yang naik. Akan tetapi, mengkonsumsi ubatan sahaja tidak cukup untuk mengubati penyakit ini. Sebaiknya dilakukan perubahan gaya hidup dan gaya makan untuk meningkatkan efektivitas ubat. Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Oleh itu, apabila masalah sakit ini kerap timbul, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.