
Anonymous
5 tahun
Sakit perut yang terok
kawan sya mgalami sakit perut yg teruk sejak khamis lepas. sblm ni mmg slalu jg sakit tapi masih boleh tahan . sakit perut dia kadang sangat menyucuk2, smpai rsa nya ke pinggang . smlm cek, kata dtor Ada kmgkinan dia tkna kanser usus , menurut doktor, apa yg perlu kami laku kn skr .tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan lanjut dan ubatan seperti yang dicadangkan oleh doktor anda. Hal ini kerana, kanser bukanlah diagnosis yang mudah untuk ditegakkan. Diagnosis kanser memerlukan pelbagai pemeriksaan fizikal, imaging dan laboratorium.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.