
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang tidak selese dan terase senak macam segugut
Saya baru bersalin 1 tahun lalu… Sy mengalami sakit perut dibahagian tepi perut…sy juga mengalami masalah susah nak membuang… Di bhagian dalam dubur saya macam terdapat bengolan di bahagian dalam …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit perut.
Untuk makluman anda, sakit perut boleh disebabkan oleh banyak perkara dan ia juga boleh diasingkan mengikut bahagian perut. Secara amnya, sakit perut boleh berpunca daripada:
- Sembelit
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Bagi mengurangkan berat penyakit serta mengatasi rasa tidak enak, terdapat beberapa perubahan gaya hidup yang perlu diamalkan. Sebaiknya anda mulai melakukan rutin seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.