
Sulit
4 tahun
Sakit perut yang tidak sembuh setelah berjumpa doctor
hye doctor, saya kerap saki perut, dah berlanjutan selama setahun lebih, sy dah buat blood test, ultrasound, ct scan, scope, semua dah buat, doctor cakap all clear, nothing abnormal, cuma mild gastric sahaja, sampai saya dah malas jumpa doctor tapi masalah blm jugak selesai, skrg masalah baru datang, lenguh sendi anggota sebelah kanan, ada tak penyakit di perut yg tak boleh nmpk dari semua ujian yang sy dah buat, and perlu ke saya dapatkn second opinion, thank you doctor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai sejarah yang agak kronik, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- gangguan saluran pencernaan
- irritable bowel syndrome
- inflammatory bowel disease
- gejala endokrin
- gangguan cemas atau kegelisahan melampau
- gangguan hormon & tekanan
- dan lain-lain
- gangguan otot dan saraf
- gejala batu karang
- tanda-tanda gangguan kronik yang memerlukan pemeriksaan ulang dari doktor
Buat masa ini saya berharap anda tidak terlalu memikirkannya selagi ia tidak mendatangkan mudharat pada tubuh atau gejala yang tidak menganggu rutin harian anda. Anda juga boleh
- memastikan pengamalan gaya hidup sihat
- pemakanan seimbang dan berkhasiat
- melazimi eksesais atau senaman seminggu sekali
- mendapat rehat dan tidur yang cukup
- mendapatkan supleman tambahan yang disyorkan oleh doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.