
nurjiehan22
2 tahun
Sakit pingang semasa trimester pertama
Hye doktor… Saya berumur 25 tahun… Seorang suri rumah sepenuh masa. Sekarang saya sedang mengandung anak ke 2. Usia kandungan saya baru mencecah 6 minggu. Tetapi doktor saya mengalami sakit pingang yang menyebabkan saya agak sukar melakukan Kerja-kerja rumah. Dan perkara ini terjadi lebih kurang 4 hari. Apa yang perlu saya lakukan, sehinggakan kadangkala saya tidak boleh berdiri lama…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kepada masalah anda, sakit pinggang merupakan salah satu tanda -tanda kehamilan yang akan dialami oleh sesetengah perempuan hamil.Sekiranya tahap kesakitan bertambah ,anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor .
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih