
Sulit
3 tahun
Sakit pinggang bahagian belakang Kiri hingga lenguh ke bahagia lengan
Saya lelaki berumur 24 tahun mengalami sakit belakang bahagian Kiri pinggang belakang hingga terasa lenguh. Ianya datang menyerang secara tiba2 kadang2 ketika duduk, ketika menungang motor Dan ketika baring juga. Saya sudah hadapi masalah ini selama 2 tahun Dan Hari ini Saya tertanya2
- Apakah ianya penyakit atau masalah sendi otot?
- Doktor apa Yang perlu Saya rujuk untuk pemasalahan ini?
Terima kasih doktor Yang sudi menjawab

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sering mengalami sakit pinggang yang datang tiba-tiba. Kini anda ingin mendapatkan nasihat mengenai punca serta keperluan untuk merujuk doktor. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh berpunca daripada pelbagai perkara. Contohnya adalah;
- Masalah muskuloskeletal (otot serta sendi)
- Batu karang
- Jangkitan pyelonephritis (buah pinggang)
- Slipped disc
- Diverticulitis
- Trauma
- Postur badan yang tidak betul
Sepertimana di atas, banyak penyakit yang mempunyai simptom seperti anda. Senarai tersebut juga hanyalah diagnosis umum. Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai simptom berbahaya seperti:
- Gejala sakit berterusan dan semakin meningkat
- Perubahan pada air kencing seperti darah atau berpasir
- Perubahan pada najis seperti darah, sembelit atau cirit
- Bengkak pada kaki atau pinggang
- Tidak dapat menggerakkan kaki kerana kesakitan atau hilang deria rasa pada kaki
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.