
Anonymous
5 tahun
Sakit pinggang bawah melarat ke peha hingga lutut
Saya lelaki berumur 38 tahun dan saya obesiti. Baru2 ni saya onani. Kemudian saya mengalami masalah sakit pinggang bawah melarat ke peha hingga lutut. Sudah beberapa hari tapi tidak juga hilang. Apa yg berlaku pd diri saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah encik ini mungkin disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya :
- Ketegangan otot akibat dari onani secara ekstrem
- Otot belakang terseliuh
- Masalah buah pinggang
- Trauma di bahagian belakang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.