
Sulit
4 tahun
Sakit pinggang belakang sebelah kanan
Saya wanita berumur 26 tahun.
Malam tadi, tiba-tiba saya sakit bahagian belakang pinggang sebelah kanan.
Jadi, pagi ini saya tak boleh tegakkan badan saya bila berjalan. Bila saya duduk, pinggang saya terasa sangat sakit bila nak berdiri.
Boleh saya tahu ini disebabkan apa Dr.?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara termasuklah dari bahagian tulang itu sendiri ataupun organ sekitar kawasan pinggang sebelah kanan. Antaranya:
- Trauma pada bahagian kanan pinggang
- Keradangan appendiks
- Keradangan usus
- Cyst pada ovari
- Jangkitan kuman pada bahagian pelvis
- Jangkitan kuman pada pundi kencing
- Batu karang pada buah pinggang/ saluran buah pinggang
- Kandungan ektopik ( kehamilan luar rahim )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.